Mir Husna seorang doktor bedah jantung yang berjaya di London namun kembali pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan thesis bersama dengan gurunya. Husna ialah anak angkat keluarga Pengusaha terkenal Dato Mir Shah dan Datin Khadijah. Husna juga mempunyai seorang abang angkat yang bernama Mir Hadi, yang telah mengambil alih tugas ayah mereka. Ketika berada di London Husna telah bertunang dengan tentera yang bernama Aditya Bakshi iaitu anak angkat ayah kandungnya. Namun Aditya telah terkorban ketika bertugas. Husna mengetahui siapa ayah kandungnya dan mengerti kenapa dia diberi kepada keluarga Mir Shah. 2 tahun setelah kematian tunangnya pintu hati Husna mulai diketuk oleh sahabat karib abangnya Ali Asaf yang juga merupakan doktor di tempat kerja barunya. Namun Husna mempunyai sebuah misi yang tidak mampu dia lepaskan begitu sahaja, dan siapa pula Q yang sentiasa dijumpai oleh Husna. Apakah pula misi Husna yang membuatkan dia dikenali sebagai Zero? "Ali nak apa jumpa pagi-pagi buta ni?" tanya Husna dengan mamai, rambut serabai,air liur meleleh di pipi dengan tahi mata yang masih di muka. Ali hanya gelak kecil lalu mencapai tisu dan mengelap bibir Husna dan menolong nya mengambil tahi mata di muka Husna. Husna terus membuka mata dan memandang Ali yang di depannya, tangan Ali masih di pipi Husna dan Ali secara tiba-tiba mencium kening nya. " Just want to see you. Since i already see you, I will go" kata Ali dan terus berlalu pergi.